Wednesday, March 12, 2014

8 MAC 2014

MH370

   Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Sabtu, 8 Mac 2014 merupakan tarikh dimana rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sungguh mengejutkan bagi rakyat Malaysia kerana perisitiwa ini belum pernah terjadi sebelum ini. Pesawat tersebut berlepas dari Kuala Lumpur-Beijing pada pkul 12.45 malam. Namun pada waktu 2.45 pagi, pesawat tersebut hilang apabila radar pesawat tersebut tidak dapat dikesan.

                                           
                                                       



  Sampai sekarang, pihak penyelamat belum menjumpai apa2 berita tentang pesawat tersebut, walaupun sudah 4 hari kejadian itu berlaku, namun pihak penyelamat tidak berputus asa untuk terus beroperasi.
Doa dan harapan tidak pernah putus dari semua pihak keluarga mangsa, rakyat Malaysia dan juga seluruh negara.








  Kejadian ini menyentuh perasaan saya kerana ia melibatkan 233 orang dalam pesawat tersebut. Dalam 233 orang tu, ada pelbagai situasi atau keadaan seseorang..ada yang pergi belajar, urusan kerja, bercuti dan sebagainya. Maksud saya disini, mungkin yang terlibat dalam pesawat tersebut merupakan seorang ibu, ayah, atau sebagai anak.




   

   Kejadian ini mendapat perhatian dari seluruh negara. Kehilangannya menjadi misteri kerana tiada apa2 tanda atau kesan yang ditinggalkan. Namun, saya berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik. Semoga Allah SWT melindungi mereka dimana saja mereka berada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya baik yang tersembuyi mahupun terang-terangan.

  Seluruh negara mengharapkan agar pesawat MH370 ditemui. Solat hajat juga dilakukan oleh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan doa kami semua....Aamiin..

  Kami rakyat MALAYSIA menantimu MH370, pulanglah kembali kepada kami. Tunjukkanlah dirimu. Seluruh negara menanti kemunculanmu





  Kami mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdoa agar pesawat MH370 pulang dalam keadaan selamat. Aamiin...






#Pray4MH370




No comments:

Post a Comment