Friday, March 28, 2014

KUIH MUIH DI KELANTAN

KENALI KUIH MUIH DI KELANTAN...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada minggu nie, saya nak kongsi sedikit tentang kuih-muih di kelantan. Sememangnya negeri Kelantan mempunyai bamyak jenis kuih-muih.. jadi, marilah kita terokai kuih-kuih di Kelantan...



Kalau nak pergi Kelantan, jangan lupa cari kuih-muih kat Kelantan ni tau.. best sangat2, xrugi kalau rasa... jamin 100% sedap... kesemua kuih-muih kat Kelantan nie adalah kegemaran saya..


First skali, ni kuih lompat tikam (ekstrem gitu namanya, kan?)
Kuih ni adalah salah satu peberet saya.. rasanya sedap sangat.. xmanis sangat.. yang merah tu pulut, yang putih tu kuah santan (lemak2 cikit), yg koko plak tu kuah daripada gula melaka, yg hijau plak kurang pasti nak panggil apa, tapi ia dibuat dari tepung beras.

Lompat tikam


Seterusnya ialah kuih biji nangka.. this is a part of my favourite food jgk.. bunyi je biji nangka, tapibukan guna biji nangka yang sebenar..hehe..

Kuih Biji Nangka


Kuih pelita nie feberet saya sejak kecil lagi nie.. still in my heart..

Kuih Pelita



Seterusnya ialah kuih puteri mandi..waahh.. cantiknya nama dia kan.. kuih nie selalu ada time2 nak puasa. Konpem kalau nak berbuka puasa mesti ada benda nie.. sedap kuih nie.. manis gitu..


Kuih Puteri Mandi



Haa..yang nie kuih gomok.. bukan gemuk ya.. memang kuihnya nampak macam tak menarik, tapi seriously yang nie sedap, don't judge by it's cover, right? hehe..


Kuih Gomok


Dalam banyak2 kuih, kuih yang nie memang susah saya nak jumpa.. namanya kuih apam.. memang sukar nak jumpa kuih nie, jadi kalau korang ada jumpa kuih nie, beruntunglah dia.. jangan lupa hantar kt saya kalau jmpa kuih nie ya.. hehe... yang sebelah tu lupa plak nama apa, kuih nie berinti kacang.. sedap.. nama secara spesifik, saya xingat n xtahu, jadi saya panggil "kuih warna-warni" hehe.. dah lama jugak kuih ni tak jumpa..

                                      Kuih Apam                                                         "kuih warna-warni"    


Selain itu, banyak lagi kuih-muih di Kelantan yang ada.. macam-macam ada.. kalau nak cari kuih-muih nie, saya cadangkan carilah kat pasar2.. (Pasar Siti Khatijah ke)..

Tepung Boko Beras



Kuih Koci

Cek Mek

Pulut Bakar (inti sambal daging)



Tepung Bungkus

Akok


Serabei

Kuih Buah Tanjung

Itulah diantara kuih-muih yang ada di Kelantan. Nampak sedap kan? Jadi jangan lupa beli dan rasalah sendiri kuih-muih Kelantan nie.. Terbaik! 










Wednesday, March 12, 2014

8 MAC 2014

MH370

   Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Sabtu, 8 Mac 2014 merupakan tarikh dimana rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sungguh mengejutkan bagi rakyat Malaysia kerana perisitiwa ini belum pernah terjadi sebelum ini. Pesawat tersebut berlepas dari Kuala Lumpur-Beijing pada pkul 12.45 malam. Namun pada waktu 2.45 pagi, pesawat tersebut hilang apabila radar pesawat tersebut tidak dapat dikesan.

                                           
                                                       



  Sampai sekarang, pihak penyelamat belum menjumpai apa2 berita tentang pesawat tersebut, walaupun sudah 4 hari kejadian itu berlaku, namun pihak penyelamat tidak berputus asa untuk terus beroperasi.
Doa dan harapan tidak pernah putus dari semua pihak keluarga mangsa, rakyat Malaysia dan juga seluruh negara.








  Kejadian ini menyentuh perasaan saya kerana ia melibatkan 233 orang dalam pesawat tersebut. Dalam 233 orang tu, ada pelbagai situasi atau keadaan seseorang..ada yang pergi belajar, urusan kerja, bercuti dan sebagainya. Maksud saya disini, mungkin yang terlibat dalam pesawat tersebut merupakan seorang ibu, ayah, atau sebagai anak.




   

   Kejadian ini mendapat perhatian dari seluruh negara. Kehilangannya menjadi misteri kerana tiada apa2 tanda atau kesan yang ditinggalkan. Namun, saya berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik. Semoga Allah SWT melindungi mereka dimana saja mereka berada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya baik yang tersembuyi mahupun terang-terangan.

  Seluruh negara mengharapkan agar pesawat MH370 ditemui. Solat hajat juga dilakukan oleh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan doa kami semua....Aamiin..

  Kami rakyat MALAYSIA menantimu MH370, pulanglah kembali kepada kami. Tunjukkanlah dirimu. Seluruh negara menanti kemunculanmu





  Kami mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdoa agar pesawat MH370 pulang dalam keadaan selamat. Aamiin...






#Pray4MH370