Tuesday, April 8, 2014

MASAKAN KELANTAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

   Rasanya lama dah tak update blog, mungkin dalam 2 minggu. Almaklumlah, sibuk ckit minggu lepas sampai lupa nak update blog, kuikuikui..
 
   Jadi minggu nie, saya nak share sedikit pasal masakan timur di Kelantan. Haa, hari tu saya ada share pasal kuih-muih di Kelantan. So, minggu nie saya nak share yang berkaitan dengan negeri Kelantan jugak, iaitu masakan di Kelantan.


Nasi Kerabu



 
Nasi Dagang



Daging Masak Kicap



Daging Singgang



Ikan Tongkol Masak Kuning



Laksa Kelantan



Sayur Lemak



Budu

Haa, itulah di antara masakan-masakan dari Kelantan. Nampak sedap, kan? Cubalah rasa, dijamin sedap... nak masak sendiri pun boleh..hehe.. pm saya kalau nak resipi masakan nie.. hehe..
Jadi, setakat ini sajalah yang dapat saya share dengan korang semua..  ^.^







Friday, March 28, 2014

KUIH MUIH DI KELANTAN

KENALI KUIH MUIH DI KELANTAN...


Assalamualaikum dan salam sejahtera... pada minggu nie, saya nak kongsi sedikit tentang kuih-muih di kelantan. Sememangnya negeri Kelantan mempunyai bamyak jenis kuih-muih.. jadi, marilah kita terokai kuih-kuih di Kelantan...



Kalau nak pergi Kelantan, jangan lupa cari kuih-muih kat Kelantan ni tau.. best sangat2, xrugi kalau rasa... jamin 100% sedap... kesemua kuih-muih kat Kelantan nie adalah kegemaran saya..


First skali, ni kuih lompat tikam (ekstrem gitu namanya, kan?)
Kuih ni adalah salah satu peberet saya.. rasanya sedap sangat.. xmanis sangat.. yang merah tu pulut, yang putih tu kuah santan (lemak2 cikit), yg koko plak tu kuah daripada gula melaka, yg hijau plak kurang pasti nak panggil apa, tapi ia dibuat dari tepung beras.

Lompat tikam


Seterusnya ialah kuih biji nangka.. this is a part of my favourite food jgk.. bunyi je biji nangka, tapibukan guna biji nangka yang sebenar..hehe..

Kuih Biji Nangka


Kuih pelita nie feberet saya sejak kecil lagi nie.. still in my heart..

Kuih Pelita



Seterusnya ialah kuih puteri mandi..waahh.. cantiknya nama dia kan.. kuih nie selalu ada time2 nak puasa. Konpem kalau nak berbuka puasa mesti ada benda nie.. sedap kuih nie.. manis gitu..


Kuih Puteri Mandi



Haa..yang nie kuih gomok.. bukan gemuk ya.. memang kuihnya nampak macam tak menarik, tapi seriously yang nie sedap, don't judge by it's cover, right? hehe..


Kuih Gomok


Dalam banyak2 kuih, kuih yang nie memang susah saya nak jumpa.. namanya kuih apam.. memang sukar nak jumpa kuih nie, jadi kalau korang ada jumpa kuih nie, beruntunglah dia.. jangan lupa hantar kt saya kalau jmpa kuih nie ya.. hehe... yang sebelah tu lupa plak nama apa, kuih nie berinti kacang.. sedap.. nama secara spesifik, saya xingat n xtahu, jadi saya panggil "kuih warna-warni" hehe.. dah lama jugak kuih ni tak jumpa..

                                      Kuih Apam                                                         "kuih warna-warni"    


Selain itu, banyak lagi kuih-muih di Kelantan yang ada.. macam-macam ada.. kalau nak cari kuih-muih nie, saya cadangkan carilah kat pasar2.. (Pasar Siti Khatijah ke)..

Tepung Boko Beras



Kuih Koci

Cek Mek

Pulut Bakar (inti sambal daging)



Tepung Bungkus

Akok


Serabei

Kuih Buah Tanjung

Itulah diantara kuih-muih yang ada di Kelantan. Nampak sedap kan? Jadi jangan lupa beli dan rasalah sendiri kuih-muih Kelantan nie.. Terbaik! 










Wednesday, March 12, 2014

8 MAC 2014

MH370

   Assalamualaikum dan salam sejahtera...

   Sabtu, 8 Mac 2014 merupakan tarikh dimana rakyat Malaysia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Sungguh mengejutkan bagi rakyat Malaysia kerana perisitiwa ini belum pernah terjadi sebelum ini. Pesawat tersebut berlepas dari Kuala Lumpur-Beijing pada pkul 12.45 malam. Namun pada waktu 2.45 pagi, pesawat tersebut hilang apabila radar pesawat tersebut tidak dapat dikesan.

                                           
                                                       



  Sampai sekarang, pihak penyelamat belum menjumpai apa2 berita tentang pesawat tersebut, walaupun sudah 4 hari kejadian itu berlaku, namun pihak penyelamat tidak berputus asa untuk terus beroperasi.
Doa dan harapan tidak pernah putus dari semua pihak keluarga mangsa, rakyat Malaysia dan juga seluruh negara.








  Kejadian ini menyentuh perasaan saya kerana ia melibatkan 233 orang dalam pesawat tersebut. Dalam 233 orang tu, ada pelbagai situasi atau keadaan seseorang..ada yang pergi belajar, urusan kerja, bercuti dan sebagainya. Maksud saya disini, mungkin yang terlibat dalam pesawat tersebut merupakan seorang ibu, ayah, atau sebagai anak.




   

   Kejadian ini mendapat perhatian dari seluruh negara. Kehilangannya menjadi misteri kerana tiada apa2 tanda atau kesan yang ditinggalkan. Namun, saya berdoa agar semuanya dalam keadaan baik-baik. Semoga Allah SWT melindungi mereka dimana saja mereka berada. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya baik yang tersembuyi mahupun terang-terangan.

  Seluruh negara mengharapkan agar pesawat MH370 ditemui. Solat hajat juga dilakukan oleh rakyat Malaysia. Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan doa kami semua....Aamiin..

  Kami rakyat MALAYSIA menantimu MH370, pulanglah kembali kepada kami. Tunjukkanlah dirimu. Seluruh negara menanti kemunculanmu





  Kami mahasiswa dan mahasiswi dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berdoa agar pesawat MH370 pulang dalam keadaan selamat. Aamiin...






#Pray4MH370




Monday, February 24, 2014

sedikit pengenalan

Hello, bloggers ! 

Hai, saya Liyana... korang boleh panggil Yana je. Ini merupakan ruang blog saya yang pertama... jadi, ia masih lagi baru bagi saya...macam jakun je guna benda nie..(biasalah, baru nk knal dunia blog)...^.^

Memandangkan ianya masih baru, jadi dengan rela hatinya saya nk introduce cikitlah pasal diri saya...hehe...

Asal usul saya berasal daripada Pasir Mas, Kelantan..anak jati kelantan nie..(ambo oghe kelate deh)..hihi...
Sekarang belajar kat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ambil ISMP Teknologi Maklumat..baru saja semester 2. Berumur 20 tahun kalau ikut tahun, tapi still lagi umur 19 tahun (i'm still young, okay) huhu...

Disebabkan saya pelajar IT, jadi laman blog ini adalah salah satu coursework yg perlu sy ambil, Pembangunan Blog dan Laman Web. Haa..nampak tak kat situ yg saya perlu melibatkan diri dalam blog nie..

"Alamak, kena buat blog laa !!"   Haa...itu adalah ayat pertama yg kluar dri mulut saya bila lecturer suruh buat blog. Dahlah x pnah2 buat blog, tetiba je kena buat..mane la sy reti nak buat blog ni, Cool Blog tu tau laa, slalu je minum...(cewahh, hari2 ke??)
Memang masalah bagi org yg blum didedahkan dgan blog nie..contohnya, saya!

Alhamdulillah, ad jugak kawan2 yg sudi membantu saya untuk 'membina' blog nie..hehe..
THANKS kpda kawan yg banyak membantu saya..

Saya hanyalah insan biasa yg punya kaki dan tangan...eh ?? tak, maksud saya disini ialah sy hanya insan biasa yg pnya kelemahan, yg punya kesilapan.. Jadi, saya minta maaf la ye seandainya ruangan blog saya nie kurang memuaskan atau boring ke...hihi
Apa yang saya harapkan dan inginkan adalah sokongan daripada rakan2 dan juga anda, teruskan bagi sokongan pada saya ye..
Sebarang komen dialu-alukan... ^^.

(Follow me & i'll follow you back, dear!)